TAHAP KETIGA
Pada tahap ini ayam akan menggunakan kemahiran yang ada bagi melepaskan pukulan yang tepat dan keras. Dalam usaha menumpaskan lawan kedua-dua ayam akan menunjukkan banyak variasi pukulan dan helah-helah menyerang. Pertarungan berlaku secara dekat dan kedua-dua ayam akan membuat selitan, pusingan, tindihan leher bagi mencuri peluang untuk mematuk dan membuat pukulan. Berlakulah pertukaran pukulan antara satu sama lain.Pertarungan biasanya berlanjutan dalam masa yang lama jika kedua-dua ayam seimbang dari segi kekuatan dan ketahanan. Ada juga ayam yang mengaku kalah semasa tahap ini.
TAHAP KEEMPAT
Selepas melalui satu siri pertarungan yang keras, cepat dan saling bertukar pukulan, pada tahap ini kedua-dua ayam akan menjadi lemah dan pergerakan menjadi lambat. Di saat inilah akan menjadi penentu kemenangan. Masing-masing akan menggunakan senjata pemusnah dengan melepaskan satu pukulan knock out. Kebiasaannya ayam akan menyimpan satu pukulan maut dan menggunakannya sebaik mungkin. Dengan tenaga yang semakin berkurangan hanya pukulan yang benar-benar tepat dan efesien akan menyebabkan lawan merasa kejang dan akhirnya mengaku kalah. Jika ayam siam jenis liar dan kedua-duanya tidak mahu mengaku kalah, pertarungan boleh berlanjutan sehingga membawa kepada kematian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan