Khamis, 10 September 2009





TAHAP KEDUA



Pada tahap ini kedua-dua ayam akan saling menyerang tapi sama-sama menjaga jarak bagi mengelak dari terkena pukulan tepat. Pertarungan ini lebih banyak berlaku di udara dengan kedua-dua ayam sama-sama melompat kemudian melepaskan pukulan ke hadapan. Semasa membuat pukulan dengan cara ini, sering berlaku pertembungan antara kaki setiap lawan. Jika ayam yang tidak mempunyai ketahanan dan keberanian, pada saat ini ada yang mengaku kalah lebih awal sebelum pertarungan ke tahap seterusnya. Di tahap ini juga dikenali sebagai satu tahap yang digunakan kedua-dua ayam mengukur kekuatan tenaga lawan, mengukur ketahanan lawan dan mengukur kecepatan lawan. Setelah kedua-dua ayam yang biasanya akan kepenatan atau sudah merasa puas dengan tahap ini, kedua-dua ayam akan menukar rentak pertarungan yang lebih strategik dan penuh kemahiran. Tahap seterusnya merupakan pertarungan yang sebenarnya dan merupakan event utama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan