Rabu, 9 September 2009

SENI PERTARUNGAN AYAM LAGA




Seni pertarungan atau perlagaan ayam laga sangat menarik dan unik. Bagi peminat ayam laga pertarungan hebat ini sangat mengasyikkan dan mempersonakan. Kemahiran, kekuatan dan ketangkasan ayam laga dapat memukau peminat ayam laga sehingga sanggup memelihara binatang ini sebagai satu hobi. Keunikan pertarungan ayam laga sebenarnya mempunyai beberapa tahap tertentu dan sangat berbeza dengan binatang-binatang lain.





TAHAP PERTAMA





Dengan mengambil contoh ayam laga, ayam siam liar atau pun ayam siam yang dilepaskan dan tidak jinak, pada tahap ini masing-masing cuba memperagakan kekuatan dengan berkokok bagi menilai kokokan akan disambut atau pun tidak dari pihak lawan. Jika bersahut masing-masing akan saling cabar mencabar melalui kokokan. Biasanya kokokan ayam siam adalah pendek tidak panjang dan tidak mendayu-dayu. Kokokan ayam siam yang unik biasanya pendek, keras dan penuh gaya. Setelah saling mencabar melalui kokokan, masing-masing akan mendekati antara satu sama lain secara mengiring. Kadang-kadang sebelum berkokok, ayam laga akan mengepak-ngepak kepak dengan kuat. Masing-masing cuba menunjukkan kekuatan dari segi kokokan, mengepak, mengiring dan berpusing-pusing. Pada saat ini akan nampak keegoan ayam laga memperagakan kekuatan. Apabila sudah hampir antara satu sama lain berlakulah pertembungan secara berhadapan dan menanti saat untuk melepaskan pukulan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan